Sukan Hari Ini

Fosu-Mensah tak akan tinggalkan Man U

EJEN pemain Manchester United, Timothy Fosu – Mensah menafikan laporan media sebelum ini yang mendakwa bahawa pengurus baharu kelab berkenaan, Jose Maourinho telah mengarahkan pemain tengah tersebut untuk meninggalkan pasukannya.

Difahamkan, pemain berusia 18 tahun itu merupakan antara yang disenaraikan bersama sembilan pemain lain dari kelab tersebut walaupun mereka menjadi pilihan Louis van Gaal pada musim lalu

Walau bagaimanapun, ejen pemain berkenaan, Jonathan Barnett menegaskan bahawa United tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjual pemain pertahanan pasukan kebangsaan Belanda tersebut.

“Tidak ada kebenaran di dalamnya. Laporan-laporan ini adalah sampah,”katanya kepada IB Times.

Sebelum ini, Mourinho dikatakan membenarkan sembilan pemainnya untuk meninggalkan kelab itu selepas mereka tidak berada dalam senarai pemain yang dikehendaki oleh pengurus baharu United tersebut.

Bastian Schweinsteiger adalah antara pemain bintang yang dilaporkan mahu digugurkan oleh Mourinho malah bekas pengendali Chelsea itu turut memberi kebenaran kepada Schweinsteiger untuk meninggalkan kelab itu secara tetap atau pinjaman. – Goal.com/sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");