Jenayah

Gigolo rugi RM1,500 ditipu ejen

KUANTAN – Cubaan seorang lelaki mahu mendapatkan wang mudah dengan menjadi pemuas nafsu wanita kaya akhirnya memakan diri apabila dia rugi RM1,500.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chou berkata, dia ditawarkan bayaran RM3,000 untuk melayani seorang wanita selama tiga jam di sebuah hotel di sini

Lelaki berusia 37 tahun itu berkata, imbuhan lumayan menyebabkan dia bersetuju kerana amat memerlukan wang bagi menampung perbelanjaan tinggi teman wanitanya.

“Ada rakan berikan akaun WeChat seorang lelaki yang menjadi ejen atau orang tengah bagi segala urusan.

“Saya berkomunikasi dengan Kent hanya melalui WeChat dan dia memaklumkan wanita tersebut akan bayar RM3,000.

“Separuh daripada bayaran itu perlu diberikan kepada Kent sebagai upah ejen,” katanya yang ditemui ketika membuat aduan di Pusat Khidmat Adun Teruntum, semalam.

Chou berkata, sebelum bertemu wanita berkenaan di sebuah hotel, dia diminta memasukkan wang deposit yang juga bayaran ejen sebanyak RM1,500 kepada Kent.

Menurutnya, dia memasukkan wang seperti diminta namun menyedari ditipu sebaik pergi ke hotel dimaksudkan dan mendapati tiada nama atau bilik didaftarkan atas nama wanita terbabit.

Sementara itu, Adun Teruntum, Sim Chong Siang berkata, akaun bank yang digunakan Kent didaftarkan atas nama sebuah syarikat menjual dan membekal pakaian beralamat di Kuala Lumpur.

Katanya, semakan mendapati syarikat berkenaan mempunyai akaun di beberapa bank lain atas nama sama.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");