Sukan Hari Ini

Gimnas raih emas berpasukan

Kuching: Wilayah Persekutuan menepati ramalan apabila meraih pingat emas acara berpasukan gimnastik berirama dengan atlet kebangsaan Nur Naieme Zainul Ariffin menjadi penyumbang mata utama.

Gandingan Naieme, Rayna Hoh Khai Ling, Tammy Ng Jia Wen dan Khor Ee yang diletakkan selaku atlet simpanan, mengumpul 142.100 mata selepas melengkapkan empat disiplin – gelung, bola, belantan dan tali.

Bagi Nur Naieme, kejayaan itu sememangnya amat bermakna untuk dirinya sendiri kerana emas dimenanginya semalam hadir menerusi percubaan pertamanya di SUKMA.

“Kunci kepada kejayaan ini hasil kerja keras dan sentiasa fokus ketika beraksi di gelanggang.

“Sudah tentu saya amat berbangga apabila dapat mewakili Wilayah Persekutuan dan menyumbang emas,” katanya ketika ditemui semalam.

Atlet berusia 14 tahun itu yang sudah mewakili negara sejak empat tahun lalu berharap kemenangan itu akan memberi suntikan semangat kepadanya untuk mendominasi acara individu yang berlangsung hari ini.

“Saya harap dapat meraih emas acara individu pula. Mungkin saya perlu perbaiki disiplin gelung serta yang lain,” katanya.

Perak acara berkenaan diraih Perak dengan 124.650 mata manakala gangsa milik Selangor (122.950).-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");