Sukan Hari Ini

Griezmann idam posisi penyerang

SELEPAS menampilkan aksi menakjubkan menjaringkan dua gol untuk membantu Perancis menewaskan Ireland, bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann mahu terus dikekalkan dalam kesebelasan utama ketika menentang Iceland, Isnin ini.

Dia yang dilihat menjadi pilihan kedua sebagai penyerang di belakang rakan sepasukan, Olivier Giroud meminta pengendali Perancis, Didier Deschamps memberikan peluang untuknya bermain di bahagian serangan pasukan.

“Saya mahu dikekalkan dalam kesebelasan utama kerana saya yakin dapat membantu pasukan.

“Selain itu, ketika separuh masa pertama menentang Ireland, saya diletakkan di bahagian sayap kanan. Itu bukan posisi kegemaran saya. Saya harap pada pertemuan menentang Iceland saya diberikan tanggungjawab di bahagian serangan,” katanya.

Griezmann meledak dua gol setelah Deschamps menukarkannya ke posisi penyerang pada separuh masa kedua untuk Perancis mencatat kemenangan 2-1 ke atas Ireland.

“Saya juga mahu mengejar gelaran kasut emas pada Euro kali ini dengan meledak lebih banyak gol.

“Dan harapan saya yang lebih besar adalah mahu Perancis layak ke peringkat seterusnya,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");