Sukan Hari Ini

Hadiah emas buat bapa

Kuching: Emas untuk bapa. Atlet gimnastik artistik Selangor, Chau Jern Rong menghadiahkan tiga pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak kepada bapanya, KC Chau yang sebelum ini mengalami masalah kesihatan.

Jern Rong yang juga atlet kebangsaan, menjadikan bapanya sebagai inspirasi kerana sebelum ini Chau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami masalah jangkitan paru-paru dan H1N1.

Menurutnya, jika bapanya boleh bertarung dan bersemangat tinggi untuk sembuh, mengapa pula dia tidak boleh memberikan aksi terbaik di SUKMA dan akhirnya berjaya meraih emas dalam acara berpasukan, gelang dan palang sejajar lelaki.

“Sebelum datang ke sini, ayah saya dimasukkan ke ICU dua minggu lalu jadi saya tidak boleh berlatih dengan baik.

“Sekarang dia sudah keluar (ICU) dan bagi saya dia adalah seorang pejuang. Jadi, saya juga sudah membuktikan yang saya juga seorang pejuang, sama sepertinya,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");