Berita Hari Ini

Hanya 80 km/j sahaja

BANDARAYA MELAKA – Had kelajuan di jalan-jalan negeri dikurangkan kepada 80 kilometer sejam (km/j) selama 15 hari bermula pada malam Aidilfitri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pengurangan had kelajuan ini adalah sebagai antara usaha kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya terutama pada musim cuti hari raya.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri turut mengarahkan supaya supaya kerja-kerja jalan raya, termasuk kerja pengorekan dihentikan sementara waktu bagi melancarkan lalu-lintas, terutama di kawasan yang sering berhadapan kesesakan.

Ini kerana, katanya, Melaka dijangka akan menyaksikan peningkatan dalam bilangan kenderaan sepanjang cuti hari raya ini ekoran kembalinya orang ramai ke kampung halaman masing-masing serta mereka yang mengambil peluang cuti umum ini untuk melawat Melaka.

“Rakyat Melaka haruslah buktikan kepada semua bahawa mereka sangat berdisiplin walaupun dalam apa cara sekali pun, termasuklah semasa berada di atas jalan raya,” katanya di sini.

Menurut Idris, selain isu keselamatan jalan raya, kerajaan negeri turut memberi perhatian serius kepada faktor kebersihan semasa musim cuti ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri telah mengarahkan empat anggota Exco Kerajaan Negeri untuk menjalankan pemantauan kebersiihan dan kelancaran lalu lintas di negeri ini sepanjang cuti Hari Raya ini.

Exco terbabit adalah Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Datuk Ghafaar Atan; Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hasan Abdul Rahman; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman dan Exco Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Lai Meng Chong.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");