Sukan Hari Ini

Hatrik Hamilton

Budapest: Juara bertahan Lewis Hamilton mempamerkan kepantasan dan gaya tersendiri untuk menjuarai Grand Prix Hungary menewaskan rakan sepasukan Mercedes Nico Rosberg sekali gus menggantikan tempatnya sebagai pendahulu gelaran dunia tahun ini.

Hamilton memintas Rosberg sejak awal perlumbaan dan menguasai 70 pusingan menerusi gabungan kepantasan dan kendalian sempurna dalam cuaca panas di litar Hungaroring.

Kemenangannya melengkapkan hatrik kejayaan perlumbaan berturut-turut, juga kemenangan kelimanya di Hungary, kelima musim ini dan ke-48 sepanjang kariernya.

Rosberg, yang bermula dari petak pertama menduduki tangga kedua di depan pelumba Red Bull, Daniel
Ricciardo, juara dunia empat kali Sebastian Vettel dari Ferrari dan pelumba remaja Belanda Max Verstappen yang memandu Red Bull kedua.

Kimi Raikkonen yang memandu Ferrari kedua berada di tangga keenam mendahului juara dunia dua kali Fernando Alonso dari McLaren dan Carlos Sainz dari Toro Rosso, pelumba Williams Valtteri Bottas dan Nico Hulkenberg yang menduduki tempat ke-10 untuk Force India.

Kemenangan Hamilton meningkat jumlah mata dimiliki kepada 192 keseluruhan, lebih enam berbanding Rosberg manakala Ricciardo melonjak ke tangga ketiga keseluruhan.

“Perlumbaan hebat Lewis, keputusan mega,” kata jurutera Mercedes menerusi radio pasukan.

“Tahniah kawan, pemanduan luar biasa.”

Hamilton membalasnya dengan penuh penghargaaan. “Seperti biasa, terima kasih kawan, untuk kerja keras anda sepanjang hujung minggu. Ini keputusan hebat buat pasukan,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");