Sukan Hari Ini

Iceland mahu jadi seperti Leicester

ICELAND bertekad mahu melakar kejutan dan menjadikan kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City sebagai perintis kepada kemenangan berterusan pasukan itu dalam Euro kali ini.

Penolong jurulatihnya, Heimir Hallgrimsson percaya Iceland dan Leicester mempunyai persamaan daripada segi semangat juang dan kemahuan tinggi untuk menang.

“Saya beranggapan Iceland akan berjaya seperti Leicester yang telah mendakap kejuaraan EPL.

“Pemain Leicester bermain dengan segala keupayaan yang ada pada mereka, begitu juga pasukan kami yang akan memberikan apa sahaja untuk menang selain semangat berpasukan yang tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Perancis Isnin ini, dia komited Iceland mampu melakukan sesuatu untuk mengejutkan pasukan gergasi dunia itu.

“Saya rasa persepsi dunia sudah berubah terhadap Iceland. Sebelum ini kami dilihat seperti pasukan lemah. Tetapi lihatlah sekarang kami sudah berada pada tahap permainan bola sepak yang tinggi.

“Pertemuan menentang Perancis akan kami gunakan untuk terus meraih kemenangan dan kejutan selain berharap adanya tuah untuk kami layak ke peringkat seterusnya,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");