Isu Panas

Impian Husni sejak dulu lagi

IPOH – Mendalami ilmu agama antara perkara utama yang menjadi impian Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, sejak dulu lagi.

Perkara itu diakui Adun Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah yang memaklumkan, Ahmad Husni pernah beberapa kali memberitahunya untuk bersara dan dalam masa sama mahu fokus kepada ilmu agama.

“Beliau beritahu masanya sudah sampai (bersara). Beliau juga maklumkan bahawa mendalami ilmu agama adalah cita-cita peribadi yang amat diimpikan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Ahmad Husni merancang ke Jordan untuk mendalami pengajian agama selepas kekal dengan keputusannya untuk berundur daripada semua jawatan dalam Kabinet dan Umno.

Aminuddin berkata, meskipun terkejut dengan peletakan jawatan bekas Ketua Umno Bahagian Tambun itu namun beliau reda dan menghormati keputusan berkenaan.

“Memang kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Tambun malahan Malaysia, tapi macam mana pun kita kena teruskan perjuangan dan legasi yang ditinggalkan,” katanya.

Katanya, pihaknya mahu orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi liar berhubung tindakan peletakan jawatan Ahmad Husni tersebut.

“Beliau pun dah berikan penjelasan berkenaan perkara itu, jadi terimalah dengan lapang dada. Tak perlu percaya dengan cakap-cakap belakang,” katanya.

Mengulas mengenai tugas baru selaku pemangku Ketua Umno Bahagian Tambun, katanya, tiada sebarang perubahan drastik yang dibuat selain beliau mahu semua pihak menumpukan kerja untuk memperkasakan parti.

“Saya juga akan teruskan legasi yang ditinggalkan Ahmad Husni bagi memastikan Umno tetap menjadi pilihan rakyat di Tambun,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");