Membawang Hari Ini

Isey akui berdepan kemelut rumah tangga

Kuala Lumpur: Pelakon, pelawak dan penyampai radio Hot FM, Isey Fazlisham mengakui berlaku pergolakan dalam rumah tangganya sejak tiga bulan lalu.

Isey, 29, berkata, dia kini dalam proses perbincangan dengan keluarga berhubung masalah dengan isterinya, Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid, 24.

“Saya tidak menafikan rumah tangga kini berdepan masalah. Buat masa sekarang kedua-dua keluarga dalam proses perbincangan untuk menyelesaikannya. Jadi belum ada sebarang keputusan diambil sama ada terus bersama atau berpisah.

“Dalam perkara ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Apapun, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hubungan ini,” katanya.

Isey yang juga anggota kumpulan Titan memaklumkan dia dan isterinya juga tidak meraikan Aidilfitri bersama, baru-baru ini.

“Dalam keadaan sekarang lebih jika tidak berjumpa bagi mengelakkan ketegangan. Saya tidak mahu mengambil keputusan melulu. Tunggu hasil perbincangan keluarga nanti,” katanya.

Isey yang juga pengacara program Mentor Milenia turut menafikan kehadiran orang ketiga sebagai punca masalah berkenaan.

Ketika ini, isteri Isey berada di Kelantan kerana mengendalikan perniagaan.

“Saya bukan mahu membuka pekung di dada, sebaliknya saya tidak mahu peminat atau sesiapa tertanya-tanya. Kalau bukan sekarang, esok lusa pasti perkara ini diketahui.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");