Panasnya Hari Ini

Jangan Campur Urusan DOJ!

KUALA LUMPUR : Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu mengingatkan kepada mana-mana pihak agar tidak masuk campur terhadap dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berhubung sejumlah wang haram daripada 1MDB yang dibawa masuk ke negara itu.

Ujarnya, Amerika Syarikat kini mahu mendakwa mereka yang terlibat membawa wang haram masuk ke negara itu dan tidak akan berkompromi kepada individu yang melakukan kesalahan di negara mereka.

“Maka jangan pula kita campur tangan jika mereka mahu mengambil tindakan kepada individu membawa wang haram ke negara mereka seperti juga kita tidak mahu mereka campur tangan hal ketenteraan dan kepolisan dalam negara kita.

“Jangan kita terlalu naïf. Apabila Amerika Syarikat mahu memburu pesalah wang haram masuk ke negara mereka, kita pula kata Amerika Syarikat cuba nak campur tangan urusan negara,”katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, DOJ telah mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih daripada US$1bilion berkaitan 1MDB yang merupakan sebahagian daripada US$3.5bilion yang dilarikan daripada syarikat tersebut.

Pada masa sama, Mohamad Sabu turut mendakwa, peguam negara yang mahu menyiasat skandal 1MDB telah dipecat.

“SPRM disiasat oleh polis dan beberapa pegawai mereka dipecat dan ditukar. Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Menteri Besar dan pegawai tinggi kerajaan yang mempersoal 1MDB juga kemudian dipecat.

“Tiada penjelasan menyeluruh terhadap pemecatan ini. Ini semua menimbulkan spekulasi buruk ke atas Malaysia,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");