Sukan Hari Ini

Jasmin idam emas

Kuching: Tukar warna perak kepada emas. Itu tekad atlet taekwondo Wilayah Persekutuan Jasmin Nabilla Sukardi yang mahu menebus kekecewaan dua tahun lalu apabila sekadar meraih pingat perak.

Bakal beraksi dalam kategori bantamweight (49 hingga 53kg) Khamis ini, Jasmin berkata, dia yakin mampu memenuhi impian itu selepas melakukan persiapan cukup rapi selama ini.

Antaranya dengan menyertai Terbuka Korea Selatan bulan lalu yang menyaksikannya terkandas pada suku akhir.

“Selain Terbuka Korea Selatan, saya juga menyertai kem latihan bersama skuad Wilayah Persekutuan di Bangkok selama seminggu.

“Saya memang sudah lama sasar pingat emas SUKMA dan saya tak mahu kecewa lagi kali ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai saingan kali ini, Jasmin yang juga atlet kebangsaan mengakui usaha untuk meraih pingat emas sukar.

“Saya jangkakan atlet dari Perak, Terenggnu dan Pulau Pinang bakal memberikan saingan sengit.

“Apapun saya akan menggunakan segala pengalaman termasuk ketika beraksi di Sukan SEA Singapura tahun lalu dalam usaha untuk memenangi pingat emas,” katanya.

Gelanggang taekwondo akan bermula hari ini menerusi acara poomsae individu lelaki dan wanita serta campuran.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");