Sukan Hari Ini

Jemput PFAM berbincang

KERJASAMA Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menjemput Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) untuk duduk berbincang susulan kenyataan persatuan itu berhubung kepadatan jadual Liga Super dan Liga Perdana musim ini, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya sedia berbincang seterusnya mencari jalan penyelesaian jika PFAM mempunyai cadangan lebih bernas untuk dikemukakan.

“Kami akan buka semula kalendar liga musim ini. Jika PFAM ada cara lebih baik menyusun semula jadual, kami sedia dengar,” katanya.

Mengenai kepadatan jadual liga seperti dikemukakan PFAM, Kevin menyifatkan jadual tersebut sudah disusun sebaik mungkin dan pihak FMLLP melakukan apa yang terdaya untuk memastikan liga berjalan dengan lancar.

“Jadual yang ditetapkan ini telah kami kaji teliti. Banyak perkara menyumbang kepadatan jadual liga antaranya ialah liga tahun ini bermula lambat sebulan selain liga tahun lalu yang berakhir lewat.

“Liga juga bercuti rehat selama sebulan pada bulan Ramadan lalu. Semua faktor-faktor ini menyebabkan jadual liga menjadi padat.

“Kami bukan tidak cuba untuk meringankan jadual, tetapi apa yang boleh kami lakukan?,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");