Sukan Hari Ini

Jerman mara ke separuh akhir, tewaskan Itali

JERMAN berjaya mara ke peringkat separuh akhir Euro 2016 setelah mengalahkan Itali 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti, awal pagi tadi.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 hasil jaringan oleh Mesut Ozil dan Leonardo Bonucci.

Manuel Neuer muncul wira Jerman apabila berjaya menyelamatkan dua penalti, sekaligus membolehkan pemain pertahanan Hector untuk memberi gol kemenangan pasukannya.

Kejayaan ini lebih manis kerana sebelum ini Jerman gagal untuk mengalahkan Itali dalam pentas kejohanan antarabangsa.

Di peringkat separuh akhir Jerman dijangka akan bertemu sama ada Iceland atau pasukan tuan rumah Perancis.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");