Panasnya Hari Ini

Jika UK Ada Brexit, Malaysia Ada UMNO-Exit

KUALA LUMPUR : Jika isu United Kingdom menjadi perbualan orang ramai menerusi peristiwa Brexit, Malaysia juga tidak ketinggalan dengan isu politiknya, UMNO-Exit.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, UMNO-Exit telah terjadi apabila beberapa pimpinan parti itu disingkirkan.

“UMNO telah berterusan melakukan ‘UMNO-Exit’ sendiri dengan penyingkiran beberapa pemimpin-pemimpin UMNO atas beberapa alasan dan ada yang sendiri meninggalkan parti.

“UMNO dalam setengah abad yang lalu telah mengalami pelbagai peristiwa dan gegaran. Setiap peristiwa secara berterusan telah menghakis kekuatan dan ketahanan parti, terutama dengan semakin ramai anak-anak muda yang tidak kenal dengan perjuangan UMNO di masa lalu,”katanya menerusi satu kenyataan di Facebook beliau.

Dalam masa yang sama, Rafidah berkata, perpaduan adalah kunci kepada kejayaan parti dalam mana jua zaman dan era pemerintahan.

Katanya lagi, perpaduan tersebut pasti akan terjejas apabila terdapat perpecahan parti mengikut kelompok dan kumpulan.

“Sekarang nyata sudah berlaku ‘peperangan terbuka’. Kata-kata kesat dikeluarkan. Dendam mendendam sudah menjadi asas.

“Setiap pemimpin mencuba sedaya upaya untuk menunjukkan pemimpin yang satu lagi betul-betul hodoh dan buruk. Politik telah menjadi peribadi,”ujarnya.

Berikutan itu, beliau menyeru agar perbalahan yang berlaku di dalam UMNO dapat dihentikan dan mencari jalan penyatuan.

“Pemimpin-pemimpin di masa lalu juga berselisih faham. Tetapi antara mereka menganggap seperti air yang dicincang tidak akan putus.

“Jangan dibiarkan masalah-masalah yang menular itu menyebabkan ahli-ahli sendiri kecewa. Apatah lagi orang Melayu dan rakyat,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");