Jenayah

Juruteknik dituduh bunuh jurutera di Kulai

JOHOR BAHRU – Seorang Juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang jurutera dalam kejadian bulan lepas.

Tertuduh Wong Jian Boon,32, memakai baju T berwarna hitam juga memahami pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut fakta kes, Jian Boon yang bekerja di Singapura didakwa telah membunuh Tan Chuen Take, 31, kira-kira jam 8.00 malam hingga 11.30 malam di sebuah rumah di Taman Indahpura, Kulai, pada 22 Jun lalu.

Jian Boon didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Majistret Noor Aisyah Ahmad menetapkan 29 Ogos depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Ariffin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Ashraff Mohd Diah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");