Perak Hari Ini

Karnival Industri Asas Tani (IAT) Himpun 30 Usahawan

TELUK INTAN: Seramai 30 usahawan terlibat dalam Karnival Industri Asas Tani (IAT) yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini.

Bertempat di Dataran Menara Condong Teluk Intan, karnival berkenaan merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh pihak FAMA sempena Aidilfitri.

Karnival yang berlangsung bermula pada 22 Jun lalu menghimpunkan pelbagai produk kuih raya untuk dijual kepada pengunjung menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada usahawan terutamanya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri Perak untuk menjana pendapatan.

20160702_174547_crop_1206x720

 

Selain itu, ia juga dijadikan platform untuk usahawan mempromosi, demontrasi dan membuat jualan produk IAT kepada pengguna.

Tahun lalu, karnival berkenaan yang diadakan di lokasi yang sama berjaya memperolehi nilai jualan lebih RM1 juta dengan melibatkan 29 usahawan IAT.

Terdahulu, Karnival IAT berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak.

Turut hadir sama, Pengarah FAMA Perak, Basri Jasmo.

Ahmad telah melawat ke semua gerai yang terdapat di karnival tersebut sambil beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung.

Beliau juga turut mengambil peluang untuk mengacau bubur lambuk yang kemudiannya diberikan kepada pengunjung yang berada di karnival berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");