Perak Hari Ini

KBS Perlu Bantu Kembang Potensi Super KIP

IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap agar Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) tampil membantu mengembangkan bakat dan potensi yang ada pada pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi.

Ujarnya, Khairul Idham memiliki pontesi besar dalam sukan permotoran negara.

“Pada peringkat Persekutuan,pihak Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) supaya dapat bersama-sama membantu beliau berikutan beliau anak muda yang mempunyai satu potensi besar untuk masa depan,” katanya kepada media di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, Khairul Idham mempunyai potensi yang besar dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memberi dokongan kepada anak negeri Perak ini untuk terus menjadi kebanggaan negara kelak.

Terdahulu, Kerajaan Perak memberikan insentif RM100,000 kepada Khairul Idham sebagai mengiktiraf kejayaannya selepas mencipta sejarah menjadi pelumba Malaysia memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina, pada 3 April lepas.

“Saya yakin dengan bantuan ini juga dapat membantu beliau terus berada di arena antarabangsa serta bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya lanjut.

Katanya, pemberian insentif itu adalah satu galakan untuk beliau terus berkembang dalam bidang permotoran.

“Kerajaan negeri telah memberikan insentif sebanyak RM100 000 sebagai pengiktirafan kepada anak Perak ini dan ia merupakan satu insentif jangka panjang buatnya,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");