Sukan Hari Ini

Kekal momentum kemenangan

Kuantan: Jurulatih Pahang Razip Ismail mahu pemainnya mengekalkan momentum kemenangan apabila kembali bersaing dalam kempen Piala Malaysia bertemu Kuala Lumpur di Stadium MP Selayang, malam ini.

Beliau berkata, semangat juang tinggi yang dipersembahkan ketika menewaskan Sarawak 2-0 perlu dipertahankan kerana skuad itu tewas pada aksi pertama piala berprestij itu.

Justeru katanya, kemenangan ke atas Kuala Lumpur ditagih untuk kembali bersaing sekali gus memastikan jurang mata tidak jauh dengan dua pasukan lain Kelantan dan Selangor.

“Saya percaya pemain mampu melakukannya sekali lagi kerana kedua-duanya iaitu Liga Super dan Piala Malaysia amat penting dan sudah pasti komitmen tinggi semua pemain amat ditagih.

“Saya harap segalanya mengikut perancangan kerana dengan jadual perlawanan padat, saya mahu pemain mengekalkan fokus,” katanya.

Razip berkata, dengan prestasi meyakinkan pada perlawanan dengan Sarawak Sabtu lalu, beliau akan menyenaraikan barisan sedia ada berdasarkan keputusan positif yang dipersembahkan.

“Saya gembira dengan prestasi tiga pemain iaitu Nor Azam Azih, Hilmi Husaini Asmadii dan Helmi Eliza Elias walaupun pertama kali beraksi musim ini.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");