Isu Panas

Kerjasama politik bergantung kepada Pas

IPOH – Kata putus sama ada kerjasama politik antara parti pembangkang akan berlaku atau sebaliknya hanya bergantung kepada Pas.

Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, jika pimpinan Pas serius untuk mengadakan kerjasama maka kata putus secara rasmi perlu dibuat di peringkat pusat membabitkan parti itu.

“Apa-apa pun (kerjasama) kunci untuk perkara itu ada di tangan Pas. Soalnya, jika ia hanya sekadar pandangan peribadi maka ia nampak sia-sia. Kalau betul serius (kerjasama) kata putus dari Pas Pusat perlu dibuat untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang saranan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu setiap parti pembangkang kembali bersatu dalam menghadapi BN pada PRU14.

Mohammad Nizar berkata, Pakatan Harapan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan kerjasama kerana ia telah disuarakan sebelum PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar berlangsung.

“Pada kedua-dua PRK itu kami dah tawarkan pada mereka. Kalau mereka bertanding di Sungai Besar, kami di Kuala Kangsar atau sebaliknya. Soalnya, satu lawan satu (hadapi BN) tapi mereka tak mahu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap kerjasama itu dapat direalisasikan kerana perpecahan dalam pembangkang akan menguntungkan BN khususnya dalam PRU14 nanti.

“Apa pun kita sambut baik apa yang disarankan oleh Tuan Ibrahim dan kita harapkan ia akan dapat dijelmakan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");