Sukan Hari Ini

Khairulnizam idam dalam kelompok 20 pelayar terbaik

PELAYAR negara, Khairulnizam Mohd Afendy memasang impian untuk berada dalam kelompok 20 pelayar terbaik, sekali gus mara ke peringkat akhir acara Laser Standard Lelaki pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil, Ogos ini.

Khairulnizam menempah tiket ke Rio selepas memenangi pingat emas dalam acara sama pada Kejohanan Asia ASAF di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 5 hingga 12 Mac lalu.

“Persediaan sudah masuk fasa akhir. Kami akan ke Rio berlatih kira-kira sebulan di venue pertandingan dan terus sertai pertandingan selepas itu.

“Bagi saya berlatih di venue pertandingan untuk tempoh sebulan sudah memadai jika dibandingkan dengan pasukan pelayaran negara Eropah yang sudah dua tahun di sana.

“Kalau saya pergi awal pun, mungkin keadaan air, angin dan ombak akan berubah. Venue di situ agak mengelirukan…jadi siapa pandai baca keadaan, dia akan dapat tampilkan prestasi lebih bagus…itu yang penting,” katanya kepada Bernama.

Anak didik Mohd Afendy Abdullah itu juga menjelaskan beliau menerima banyak input daripada Mohd Afendy mengenai venue pertandingan ekoran jurulatihnya itu telah membuat kajian mengenai perkara tersebut sejak empat tahun lepas.

Namun, beliau percaya mereka masih perlu mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai venue pertandingan daripada penduduk tempatan Rio.

Skuad pelayaran negara mendapat satu lagi slot ke Sukan Olimpik Rio dalam acara Laser Radial Wanita menerusi Nur Syazrin Muhamad Latif, pada kejohanan sama.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyasarkan kedua-dua pelayar negara itu akan dapat menempatkan diri di kelompok terbaik dalam kalangan peserta Asia di Rio, kelak. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");