Sukan Hari Ini

KL menjerit

KUALA Lumpur menyalakan kembali peluang mereka bersaing dalam Kumpulan B kempen Piala Malaysia apabila menewaskan Pahang 2-0 dalam aksi di Stadium Selayang, semalam.

Jaringan Leonardo Moreira minit ke-10 diikuti jaringan Jonathan Zorrila m-53 sudah cukup membolehkan juara hatrik 1987, 1988 dan 1989 mengubati kekecewaan tewas 0-1 kepada Selangor dalam perlawanan pembuka tirai sebelum ini.

Dalam aksi Kumpulan C di Stadium Perak, tuan rumah menang besar 4-1 ke atas PKNS sekali gus menghidupkan kembali peluang bersaing.

Gol Perak dijaringkan Elias Fernandes (48′), (64′), Xhevier Sukaj (50′) dan Fazrul Hazli (51′) sebelum gol pelawat hadir minit akhir perlawanan menerusi Gonzalo Manuel Soto.

Di Stadium Hang Jebat pula, jaringan penyamaan minit akhir perlawanan pemain Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Safuwan Baharudin memaksa pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akur terikat 1-1.

Dalam aksi itu, pelawat terlebih dulu mendahului tuan rumah hasil jaringan sendiri pemain PDRM, K Rueben m-71.

Dalam saingan Kumpulan D, Negeri Sembilan menang tipis 3-2 ke atas Melaka United di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Dua gol Sang Rusa dijaringkan Alexander Smith (26′) dan (37′) diikuti satu jaringan Hendrique De Silva (39′).

Manakala gol Sang Kancil hadir menerusi Yashir Armando Pinto (13′) dan dan Mohd Ferris Danial (59′).-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");