Sukan Hari Ini

Klopp gesa Reds tingkat permainan

LIVERPOOL mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Fleetwood Town pada aksi persahabatan awal pagi semalam.

Dalam perlawanan itu, pemain pertama diikat Jurgen Klopp selaku pengurus The Reds, Marko Grujic turut menyumbang satu gol.

Namun, keputusan itu gagal menceriakan Klopp sebaliknya dia mahu pemain meningkatkan mutu permainan terutama selepas melihat persembahan kurang meyakinkan di babak pertama perlawanan.

“Kami pasukan yang lebih baik dan dibarisi pemain hebat, tapi mutu persembahan di babak pertama amat mengecewakan.

“Di babak kedua barulah kami bermain seperti Liverpool. Apa pun, saya masih tidak berpuas hati.

“Kami harus perbaiki kelemahan andai mahu jadi pencabar tulen EPL musim depan,” katanya.

Selain Grujic, Benjamin Woodburn dan Lucas Leiva masing-masing menyumbat satu gol manakala Roberto Firmino cemerlang dengan dua gol.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");