Berita Hari Ini

KPDNKK perluas produk francais tempatan

MANILA – FILIPINA. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memilih lebih banyak produk francais tempatan yang mempunyai kelainan tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, hingga kini 63 jenama francais tempatan sudahpun berada di 65 negara dengan 3,735 cawangan secara keseluruhan.

Jumlah itu akan ditingkatkan berikutan Malaysia katanya mempunyai kelebihan daripada aspek infranstruktur dan program pembangunan yang strategik.

“Sebagai contoh di Filipina ini, kita lihat ada potensi pasaran yang besar dan kelebihan yang kita ada ialah cita rasa rakyatnya seperti makanan dan budaya hampir sama dengan cita rasa rakyat kita, jadi ini memudahkan kita bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pavilion francais Malaysia sempena Pameran Francais Asia Filipina (PAPH) 2016, di sini hari ini.

Turut sama merasmikan pavilion Malaysia ialah Naib Presiden Filipina Leni Robredo yang merasmikan PAPH 2016 sebelum itu.

Menurut Hamzah, selain produk francais Malaysia yang mempunyai kelainan dan kualiti yang baik, program francais dari Malaysia turut mempunyai kawalan harta intelek yang boleh melindungi perniagaan mereka.

Delegasi francais Malaysia merupakan delegasi terbesar menyertai PAPH kali ini dengan penyertaan 10 jenama.

Jenama francais Malaysia berkenaan termasuk Marrybrown, Dapur Penyet, Focus Point, Teh Tarik Place, Smart Reader, Cosry, Cambridge English For Life, Balloon Buzz, GlobalArt dan Manhattan Fish Market.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");