Sukan Hari Ini

Kunalan, Amirulhadi turut umum bersara

SELEPAS dua pemain Johor darul Ta’azim (JDT), Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak mengumumkan untuk bersara daripada skuad kebangsaan, dua lagi pemain harimau selatan turut mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah rakan sepasukan mereka itu.

Menerusi kemas kini status di laman sosial Johor Southern Tiger, Amirulhadi Zainal dan rakan sepasukannya, S.Kunalan turut sama mengumumkan untuk bersara dan tidak lagi bermain buat skuad kebangsaan.

Menurut Kunalan, perlawanan persahabatan di Fiji baru-baru ini adalah merupakan penampilan terakhirnya untuk aksi perlawanan antarabangsa.

“Saya cukup berbangga dapat menyarung jersi kebangsaan sejak mewakili pasukan Bawah 23 tahun dan sehingga kini.

“Terima kasih diucapkan atas segala sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini dan juga tunjuk ajar yang diberikan. Saya amat menghargainya,”katanya.

Dalam pada itu, Amirulhadi memaklumkan bahawa keputusan untuk bersara membolehkannya memberi peluang kepada pemain muda untuk meneruskan misi skuad kebangsaan selepas ini.

“Terima kasih kepada penyokong dan semua yang terlibat atas sokongan juga peluang yang diberikan sepanjang penglibatan saya ketika menyertai skuad kebangsaan terutama jurulatih, Datuk Ong Kim Swee,”katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");