Membawang Hari Ini

Kurang Tawaran Berlakon, Aisya Hasnaa Cuba Semula Bidang Nyanyian

PETALING JAYA: Pelakon Aisya Hasnaa bakal kembali semula ke bidang nyanyian dengan merakam dua buah lagu ciptaan komposer terkenal DJ Fuzz tidak lama lagi.

Aisya atau nama sebenarnya Aisyah Hasnaa Umaruddin, 26, berkata, perkara tersebut dilakukan berikutan dia mempunyai kelapangan kerana kurang tawaran berlakon sejak membuat keputusan berhijab pada April lalu.

“Saya akui lepas berhijab kurang tawaran berlakon dan tiga tawaran yang saya sudah terima juga terpaksa dibatalkan kerana dikatakan tidak sesuai dengan watak.

“Tapi ada hikmah disebalik perkara itu kerana saya boleh ke bidang nyanyian dan bakal merakamkan dua buah lagu ciptaan DJ Fuzz tidak lama lagi,” ujarnya.

Pelakon drama Rumi Cinta Julia ini berkata, dia pernah keluar dengan mini album sekitar tahun 2011, namun kurang mendapat perhatian.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");