Jenayah

Lapan sahabat didakwa terlibat kes bunuh

ALOR GAJAH: Lapan rakan termasuk seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas dipercayai terlibat pembunuhan seorang lelaki yang pernah dilaporkan hilang di Tebong, bulan lalu.

Tiga didakwa membunuh, dua daripadanya dituduh membuang mayat sementara tiga yang lain menyembunyikan jenayah dilakukan antara jam 10.30 malam pada 22 Mei 2016 dan 9.50 pagi keesokan harinya.

M Mahasawaran, 30; K Jaya Prakash, 38 dan R Navinkumar, 28, didakwa membunuh S Manikumar, 38, di Kebun Cina Kemendor di Selandar, Jasin; Ladang Kelapa Sawit Bukit Senggeh, Jasin; Ladang Kelapa Sawit di Jalan Sarang Burung Walit, Bukit Senggeh, Jasin; Kubur Cina Cheng dan Hutan Kelapa Sawit berhampiran Empangan Jus Selandar, Jasin.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

S Manoharan, 40 dan S J Charles, 29, pula didakwa bersama-sama membuang mayat berkenaan di hutan kepala sawit yang terletak berhampiran Empangan Jus Selandar, Jasin.

Kedua-duanya minta dibiacarakan atas dakwaan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara, G Vijaya Kumar, 33; S Babu, 21 dan S M Govindasamy, 33 didakwa menyembunyikan jenayah mengikut Seksyen 118 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga tujuh tahun atau denda.

Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam meminta mahkamah tidak memberi jaminan terhadap kesemua tertuduh yang didakwa atas pertuduhan membabitkan hukuman mati selain kes melibatkan perhatian umum.

Nor Azizah kemudian bersetuju tidak memberi sebarang jaminan terhadap kelapan-lapan tertuduh sebelum menetapkan kes disebut semula pada 3 Ogos ini sementara menunggu laporan kimia.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");