Perak Hari Ini

Lebih 3,000 Hadir Rumah Terbuka Zambry Di Pangkor

PULAU PANGKOR :Sekitar 3,000 orang penduduk di Pulau Pangkor dan kawasan sekitar menghadiri Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Perak merangkap ADUN Pangkor di sini hari ini.

Rumah terbuka berkenaan yang diadakan di kediaman ibunya di sini merupakan acara tradisi yang dilakukan oleh Zambry setiap tahun bagi menghargai penduduk setempat yang banyak memberi sokongan kepada beliau.

3

Beliau dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli mula menerima kunjungan orang ramai sekitar jam 11 pagi.

Orang ramai yang hadir turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan selamat hari raya dan bergambar dengan Menteri Besar Perak yang begitu mesra melayan tetamu yang hadir.

10

Pengunjung turut disajikan dengan beraneka jenis hidangan, tradisional seperti sate, rendang, lemang, ketupat serta nasi himpit dan kanak-kanak turut menerima duit raya ketika pulang.

Terdahulu, Zambry turut mengadakan rumah terbuka di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Ipoh yang telah dihadiri oleh lebih daripada 10,000 tetamu.

5

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenan mencemar duli berangkat ke majlis rumah terbuka itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");