Berita Hari Ini

Lebih banyak produk Malaysia di luar negara

MANILA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memilih lebih banyak produk francais tempatan yang mempunyai kelainan tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, hingga kini 63 jenama francais tempatan sudah pun berada di 65 buah negara dengan 3,725 buat outlet secara keseluruhan.

Jumlah itu akan ditingkatkan berikutan Malaysia katanya mempunyai kelebihan daripada aspek infrastruktur dan program pembangunan yang strategik.

“Sebagai contoh di Filipina ini kita lihat ada potensi pasaran yang besar dan kelebihan yang kita ada ialah citarasa rakyatnya seperti makanan dan budaya hampir sama dengan citarasa rakyat kita, jadi ini memudahkan kita bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pavilion francais Malaysia sempena Pameran Francais Asia Filipina (PAPH) 2016, di sini, hari ini.

Turut sama merasmikan pavilion Malaysia ialah Naib Presiden Filipina, Leni Robredo yang merasmikan PAPH 2016 sebelum itu.

Menurut Hamzah, selain produk francais Malaysia yang mempunyai kelainan dan kualiti yang baik, program francais dari Malaysia turut mempunyai kawalan harta intelek yang boleh melindungi perniagaan mereka.

Delegasi francais Malaysia merupakan delegasi terbesar menyertai PAPH kali ini dengan penglibatan 10 jenama.

Jenama-jenama francais Malaysia yang sudahpun berada di pasaran Filipina ialah Marrybrown, Dapur Penyet, Focus Point, Teh Tarik Place, Smart Reader, Cosry, Cambridge English For Life, Balloon Buzz, GlobalArt dan Manhattan Fish Market.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");