Jenayah

Letupan bom di luar Masjid Nabawi

Madinah: Dua anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dilaporkan terbunuh angkara pengebom bunuh diri meletupkan bom di kawasan parkir berhampiran ibu pejabat pasukan keselamatan itu di luar Masjid Nabawi, di sini, pada Maghrib (waktu tempatan), Isnin.

Al-Arabiya melaporkan, beberapa kenderaan terbakar di kawasan berkenaan.

Susulan kejadian itu, kawasan berkenaan dikawal ketat pasukan keselamatan Arab Saudi.

Terdahulu, dua insiden letupan membabitkan pengebom bunuh diri berlaku di timur Qatif dan Jeddah pada sebelah petang.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");