Sukan Hari Ini

Lopes masih dinilai

Alor Setar: Walaupun sudah menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini, penyerang yang sedang diuji Bruno Lopes masih belum mendapat lampu hijau daripada ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe untuk mewakili pasukan itu.

Tan Cheng Hoe berkata, walaupun Bruno mempamerkan gol kemenangan dalam dua perlawanan persahabatan berkenaan, masih awal untuk membuat apa-apa keputusan setakat ini.

“Saya masih perlu melihat dan menilai pemain lain yang akan beraksi dulu sebelum membuat apa-apa komen dan keputusan selanjutnya.

“Walaupun Bruno meledak hatrik pada aksi perlawanan menentang Perlis satu gol semasa bertemu MIFA, namun segala keputusan bergantung selepas semua calon pemain tamat melakukan sesi percubaan nanti,” katanya.

Lopes adalah calon pertama hadir di Kedah untuk sesi percubaan pemain import sempena jendela perpindahan yang dibuka bermula pada 20 Jun hingga 15 Julai ini. Dia hadir dan mula berlatih bersama Kedah sejak lebih seminggu lalu dan dipercayai antara calon penyerang yang diuji untuk posisi penyerang utama bagi menggantikan Carlos Kahe yang dilihat kurang dalam sentuhan gol.

Pemain bahagian serangan berusia 29 tahun kelahiran Curitiba, Brazil ini pernah beraksi dengan Ratchaburi di Thailand pada 2015 dan Kelab Villa Nova, Brazil pada 2016.

Kedah berjaya menewaskan Perlis dengan jaringan 3-2 hasil ledakan hatrik Lopes dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Darul Aman kelmarin.

Sebelum itu pada 15 Jun lalu, Bruno turut menjaringkan satu gol ketika bertemu MIFA yang menyaksikan Kedah menang 2-0.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");