Berita Hari Ini

Malaysia Airlines beli 50 Boeing 737 MAX bernilai RM22.4 bilion

PUTRAJAYA: Malaysia Airlines Bhd memeterai perjanjian pembelian 50 pesawat Boeing 737 MAX bernilai AS$5.5 bilion (RM22.4 bilion) dengan Boeing, sebentar tadi.

Nilai pembelian itu berdasarkan senarai harga semasa dan penghantaran bermula pada 2019, dengan 25 pesawat adalah tempahan sah dan 25 lagi melalui hak pembelian.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew, berkata urus niaga itu adalah pemacu perubahan bagi syarikat penerbangan nasional itu dengan kos yang lebih rendah dan kecekapan lebih baik yang akan dinikmati pengguna pada harga yang rendah.

“Dengan kemampuan penerbangan jarak jauh 737 MAX, kami mampu menghubungkan penumpang ke lebih banyak destinasi,” katanya pada majlis pemeteraian pembelian pesawat berkenaan antara MAB dan Boeing di sini, hari ini.

MAB kini beroperasi dengan 56 pesawat 737-800.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");