Sukan Hari Ini

Manchester United Sasar Dakap Piala EPL

JOSE Mourinho mendedahkan Ed Woodward dan Glazer tidak memberinya tempoh untuk memenangi Liga Perdana Inggeris ketika menerima jawatan sebagai jurulatih Manchester United.

Bagaimanapun, Mourinho mengaku telah merancang untuk mendakap piala liga pada tahun pertama perkhidmatannya.

Jurulatih kelahiran Portugal itu menyertai United menerusi kontrak selama tiga tahun bagi menggantikan Louis van Gaal yang dipecat selepas memenangi Piala FA musim lalu.

“Pesanan daripada pemilik dan Woodward ialah ambil masa dan lakukan kerja dengan sebaik mungkin.

“Baiki pasukan dan bawa kembali kegemilangan yang hilang sejak tiga tahun lalu.

“Tetapi saya ingin menjadi juara. Kami ingin menjadi lebih kuat daripada yang lain.

“Tetapi sebelum liga musim ini bermula biarlah kami mensasarkan kelompok empat pasukan teratas liga dahulu,” katanya kepada wartawan di China.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");