Perak Hari Ini

MAPS Rai 70 Kanak-kanak Dari Yayasan Amanah An-Nur Maisarah

IPOH : Seramai 70 kanak-kanak dari Yayasan Amanah An-Nur Maisarah diraikan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Movie Animation Park Studios (MAPS) sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Majlis tersebut dianjurkan menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) MAPS.

Di bawah inisiatif #MAPSweCare, MAPS akan terus mendekati dan menghargai kanak-kanak yang kurang bernasib baik menerusi pelbagai aktiviti yang menyeronokan termasuklah menyanyi lagu raya bersama-sama dan bermain bunga api.

Pada majlis tersebut, kanak-kanak yang hadir turut diberikan duit raya dan juga ‘goodie bag’.

Image 3

Menjelang pembukaan taman tema animasi pertama di Asia itu pada Disember ini, lapan buah rumah kebajikan di negeri ini akan dijemput untuk merasai pengalaman berada di taman tema tersebut.

Pengasas yayasan, Dr Fazillah Nordin berkata, pihaknya amat menghargai program CSR yang dianjurkan oleh MAPS.

“Ia memberi sesuatu yang bermakna kepada kanak-kanak ini terutamanya ketika musim perayaan seperti ini supaya mereka tahu bahawa mereka tidak dilupakan oleh masyarakat setempat,”ujarnya.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ahli Lembaga Pengarah MAPS dan kakitangan taman tema berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");