Jenayah

Mekanik maut, tunang cedera

KOTA TINGGI: Seorang mekanik maut manakala tunangnya cedera selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan di Kilometer 42.5 Jalan Johor Bahru-Mersing malam tadi.

Mangsa, Osman Yusuf, 19 yang beralamat di Ladang Koperasi Sungai Ambat Jemaluang, Mersing disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi (HKT) akibat kecederaan dialami.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan motosikal.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang dan pembonceng motosikal dari arah bandar Kota Tinggi menghala pulang ke Mersing telah melanggar bahagian kanan kenderaan tersebut yang keluar dari simpang kedai makan di Jalan Mawai.

“Akibat dari pelanggaran itu, penunggang dan pembonceng motosikal telah terjatuh dan mengalami kecederaan.

“Mereka telah dihantar ke HKT untuk mendapatkan rawatan dan penunggang disahkan meninggal di hospital. Pembonceng dikenali sebagai Suhaibah Mohamad Qadri, 14 merupakan pelajar dan menetap di ladang yang sama difahamkan merupakan tunang mangsa. Manakala pemandu kereta berusia 63 tahun dari Taman Sri Lalang tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya.

Rahmat berkata, hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus dua hala dan terdapat garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan.

Katanya, kawasan persekitaran merupakan kawasan perniagaan, permukaan jalan kering dan keadaan cuaca baik ketika kejadian.

“Pemandu kereta akan ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan1987,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");