Sukan Hari Ini

Nasihat Poad azimat Khairul

Kuching: Catatan 10.18 saat dilakukan Khairul Hafiz Jantan sekali gus rekod baru kebangsaan acara 100 meter semalam, mengejutkan jurulatihnya sendiri Mohd Poad kerana tidak pernah terlintas di fikirannya anak buahnya itu mampu melakukan catatan di bawah 10.20s.

Jelas Poad, kemampuan Khairul itu mungkin hasil pendedahan berlatih di luar negara serta penyertaan di Kejohanan Remaja Dunia di Poland, baru-baru ini.

“Sebelum turun beraksi, saya pesan kepadanya supaya anggap saingan sebagai latihan kerana ketika di Poland sebelum ini, dia seperti berdebar.

“Apa yang diharungi di Poland memberi tekanan kepadanya. Jadi, sebab itu saya minta dia supaya anggap pertandingan ini sebagai latihan.

“Alhamdulillah, ia berjaya. Sebenarnya untuk pentas SUKMA, saya sasar mereka mampu melakukan sekitar 10.27s atau 10.28s saja.

“Tapi, ketika di Poland kita sudah nampak peningkatan. Cuma saya tak tahu pula dia mampu mencapai prestasi sebaik ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, mengulas kekecewaan seorang lagi anak didiknya Badrul Hisyam Abdul Manap yang sekadar meraih pingat gangsa, Mohd Poad berharap atlet berusia 19 tahun itu tidak mudah berputus asa.

“Badrul masih muda dan perjalanan kariernya masih panjang. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");