Sukan Hari Ini

Nawalka: Ini baru permulaan

PENGENDALI Poland, Adam Nawalka menyifatkan kekalahan Poland di peringkat suku akhir Euro kali ini sebagai satu permulaan kepada lebih banyak kecemerlangan yang akan digapai pasukan itu.

Malah, Nawalka juga menegaskan tiada apa yang perlu dikesalkan skuadnya walaupun tidak dapat ke peringkat separuh akhir.

“Saya rasa anggapan dan sokongan peminat menjadi pendorong kuat untuk kami bermain lebih baik dan tidak keterlaluan jika saya katakan ini adalah permulaan kepada era kecemerlangan Poland.

“Saya juga mengharapkan akan terus berada di prestasi sebegini dan keupayaan pemain saya tidak dapat disangkal.

“Pasukan besar lain juga sudah pasti akan melihat kami sebagai satu ancaman hebat,” katanya.

Poland mencipta sejarah berjaya layak ke peringkat suku akhir Euro buat kali pertama dalam sejarah mereka dan mempamerkan prestasi membanggakan bermula saingan peringkat kumpulan selain turut berjaya seri dengan juara dunia, Jerman.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");