Sukan Hari Ini

Nicol langkah kanan

Kuala Lumpur: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David melakarkan kemenangan mudah ke atas Jenny Duncalf pada perlawanan pertama peringkat kumpulan A di Kejohanan Jemputan Skuasy Wanita semalam.

Kejohanan di Bukit Jalil itu menyaksikan Nicol mudah menjinakkan Jenny dalam pertarungan berkesudahan 11-4, 11-4, 11-4.

Biarpun tidak menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang, Nicol tetap menganggap kejohanan ini penting bagi mengukur prestasi menjelang musim baru 2016/2017 yang akan membuka tirainya bulan depan.

Katanya, latihan menjadi fokus utama dan masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan perubahan gelanggang yang dilihat menjadi antara penyebab utama corak permainannya merosot.

“Saya bermula baik kerana bagi saya setiap mata penting dan itu objektif utama.

“Bagaimanapun saya tidak mahu terlalu memikirkan menang kerana lebih fokus kepada apa yang perlu dilakukan dalam setiap perlawanan,” katanya.

Nicol akan menentang pemain ranking ke-10 dunia dari India Joshna Chinappa pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan A hari ini.

Sementara itu perlawanan Kumpulan B menyaksikan pertarungan membabitkan seorang lagi wakil negara Delia Arnold menentang Omneya Abdel Kawy.

Percubaan Delia untuk menundukkan pemain kelapan dunia itu tidak kesampaian apabila tewas 11-5, 8-11, 11-7, 7-11, 11-13.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");