Membawang Hari Ini

Niena Baharun Sahut Cabaran Jadi Pelakon Baharu

PETALING JAYA: Pelakon baharu Niena Baharun memberitahu dia sudah bersedia mental dan fizikal untuk mengharungi duni seni sejak mula menceburi bidang lakonan tahun lalu.

Niena atau nama sebenarnya Amaniena Baharun, 23, berkata, dia juga bersedia menerima kritikan penonton terutama dalam drama Sayangku Kaptem Mukhriz yang sedang ditayangkan di slot Akasia, TV3.

“Sebelum disiarkan memang agak risau dengan penerimaan penonton, maklumlah saya pelakon baru dan masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa episod ditayangkan drama Sayangku Kapten Mukhriz semakin mendapat sambutan dan tranding di media sosial.

“Tentang gosip atau cabaran sebagai artis pula saya sudah fikirkan sejak mula menceburi bidang ini, Insya-Allah selagi boleh elakkan saya akan elakkan,” ujarnya.

Niena membawa watak sebagai Dr. Ariana Dahlia yang tergila-gilakan seorang anggota tentera berpangkat ustaz di lakonan Raja Afiq.

Biarpun menerima kritikan apabila disifatkan sebagai ‘gedik’ dan tidak bersesuaian dengan imej bertudung, Niena berkata, ia adalah satu cabaran.

Katanya, ketika mula menerima watak dia sendiri tidak percaya dapat melakukan sesuatu yang bukan mengambarkan dirinya sebenar.

“Masa terima watak itu saya baca dan bimbang juga kerana ia berbeza dengan saya sebenar dan secara jujur ada rasa malu nak bawa watak itu.

“Saya juga kena marah beberapa kali dengan pengarah kerana lakonan yang tidak sampai. Namun Alhamdulillah hasilnya bagus sehingga penonton sendiri rasakan saya benar-benar wanita gedik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Niena berkata, cabaran utama ialah melakonkan Dr Ariana seorang yang bukan sahaja gedik malah bersifat gelojoh dan sering melanggar sesuatu.

“Watak saya sangat clumsy dan nak buat watak itu bukan mudah kerana saya tidak berjaya, saya perlu ulang babak jatuh beberapa kali sehingga lutut saya lebam,” ujarnya.

Drama Sayangku Kapten Mukhriz ditayangkan pada pukul 7 malam setiap Isnin hingga Khamis di slot Akasia TV3

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");