Sukan Hari Ini

Norshafiee puas raih emas

ATLET lompat tinggi pelapis negara, Norshafiee Mohd Shah lega apabila impiannya untuk meraih pingat emas di Sukma ke-18 di Sarawak tercapai semalam.

Emas untuk negeri Johor itu hadir selepas Norshafiee melakukan lompatan setinggi 2.10 meter sekali gus meletakkan rakan senegeri, K Prakash kedua dengan catatan 2.07 meter.

“Memang saya sasar untuk menang emas kali ini. Sebelum ini dapat gangsa, jadi saya nak balas dendam dengan kekalahan dua tahun lalu.

“Persaingan kali ini agak sukar juga, dengan kehadiran penyandang emas dan catatan peribadi mereka yang agak tinggi, malah lebih tinggi daripada 2.10 meter,” katanya,

Malang buat seorang lagi atlet pelapis dari Wilayah Persekutuan, Syazwan Ahmad, yang terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas gagal untuk meneruskan saingan ekoran kecederaan kaki.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");