Sukan Hari Ini

Olimpik terakhir Phelps

Los Angeles: Michael Phelps memberikan peluang terakhir buat dirinya untuk menamatkan aksi Olimpik dengan kejayaan.

Ia kelihatan seperti sebuah misi mustahil buat pemilik 22 pingat Olimpik, 18 daripadanya pingat emas.

Empat pingat emas dan dua perak di London pada 2012 dilihat penamat sempurna buat karier dengan kemuncaknya, lapan pingat emas dimiliki Phelps di Beijing.

Namun Phelps sedar dia mampu melakukan lebih daripada itu empat tahun lalu dan perasaan yang ‘menghantui’ itu menyukarkannya untuk bersara selepas London.

“Saya tidak mahu memiliki perasaan ‘bagaimana kalau’,” kata Phelps berhubung keputusannya untuk menyertai kempen kelima di Rio de Janeiro pada usia 31 tahun.

“Perjalanan ini begitu menakjubkan. Mampu jatuh cinta dengan sukan ini sekali lagi adalah sesuatu yang saya sentiasa mahu lakukan dan saya lakukannya dengan syarat tersendiri.”

Bagaimanapun kepulangannya itu tidak berjalan lancar apabila berdepan isu penahanan memandu ketika mabuk yang memulakan tempoh muhasabah diri yang menyakitkan.

Phelps kini kembali lebih kuat, hubungannya dengan bapanya semakin pulih malah lebih baik dengan kelahiran anak lelakinya Boomer, bersama tunangnya Nicole Johnson Mei lalu.

“Ia perkara yang hebat bagi Nicole dan saya dalam kehidupan yang kami lalui ketika ini,” kata Phelps.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");