Jenayah

Padah miliki wang palsu

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang buruh memiliki 25 keping wang palsu dua tahun lalu mengundang padah apabila dihukum penjara tiga tahun dan dikenakan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Mohamed Sharif Mamat @ Muda, 43, dari Simpang 4 Chendering, di sini, turut berdepan lapan bulan penjara tambahan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Keputusan dibuat selepas dia mengaku salah memiliki 25 keping wang palsu iaitu 13 keping RM50 (no siri SF1390194), empat keping RM50 (no siri RU8998171) dan lapan keping RM20 (no siri AM9481080) dengan niat untuk digunakan sebagai tulen.

Mohamed Sharif mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan kerana memiliki wang palsu di sebuah rumah di Simpang 4 Chendering, kira-kira jam 12 tengah hari, pada 7 Mei 2014.

Dengan itu, Mohamed Sharif berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abd Rahman di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Berdasarkan fakta kes, pada 7 Mei 2014, kira-kira jam 12 tengah hari, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu membuat serbuan di sebuah rumah di Simpang 4 Chendering, di sini, menemui 25 keping wang palsu diletakkan di atas rak pakaian.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");