Berita Hari Ini

Pantau bas, kurangkan kemalangan

IPOH – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perak mengadakan program Advokasi Keselamatan Jalan Raya bermula 29 Jun hingga 13 Julai depan sempena Aidilfitri bagi memantau kenderaan awam khususnya bas.

Pengarahnya, Laila Mazwin Zakaria berkata, dalam program itu, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang menjalankan kempen Advokasi Pelekat Pantul Cahaya dan pelekat penggunaan pengangkutan awam mengurangkan kemalangan.

Menurutnya, operasi kali ini adalah agenda utama JKJR setiap kali tiba musim perayaan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan keselamatan jalan raya bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan kepada pengguna lain.

“Fokus diberikan pada waktu pagi kerana kebanyakan bas akan bertolak ke destinasi masing-masing pada waktu itu dan kita dapat melakukan kempen ini dari satu bas ke satu bas yang lain,” katanya ketika ditemui di Terminal Aman Jaya, Meru Raya, semalam.

Laila Mazwin berkata, kempen ini juga dijalankan untuk memberi kesedaran secara menyeluruh kepada pemandu akan pentingnya penjagaan keselamatan bas dan mengelak dari berlakunya kemalangan.

Sementara itu, Penolong Pengarah JPJ Perak, Mohamad Firdaus Mohamad Ibrahim berkata, sepanjang pemeriksaan dijalankan semalam, yang memasuki hari kedua kempen mendapati kesemua pemandu bas mematuhi peraturan.

“Kami dapati semua bas yang bergerak dari Terminal Aman Jaya mematuhi undang-undang jalan raya dan tiada kesalahan-kesalahan berat yang dilaporkan.

“Sekiranya ketebalan tayar kurang daripada 1.6 milimeter (mm), kami tidak akan membenarkan bas tersebut memulakan perjalanan melainkan tayar ditukar atau menggantikan bas lain,” katanya.

Pada program sama, Penolong Pegawai AADK Perak, Al Rosshairi Mohamed Raslan mengesahkan setakat dua hari kempen dilaksanakan, semua pemandu bas bebas dari dadah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");