Perak Hari Ini

Pantau Rapi Struktur Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

IPOH:Kerajaan negeri meminta agar Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan pemantauan rapi terhadap keadaan struktur jalan di Kilometer 44, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands supaya ia selamat dilalui oleh pengguna jalan raya.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pihak JKR telah mengenalpasti kawasan-kawasan yang dikhuatiri berbahaya.

“Kerajaan negeri telah mengarahkan setelah mendapat laporan berhubung jalan raya tersebut yang dimaklumkan mempunyai kedudukan tanah yang tidak begitu baik,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi,pasukan pemantau daripada pihak JKR juga telah membuat pemantauan sekitar kawasan tersebut baru-baru ini.

“Pihak JKR membuat pemantauan terhadap kawasan yang dikhuatiri berisiko berbahaya kepada orang ramai bagi mengenal pasti kawasan itu.

“langkah segera perlu diambil bagi memastikan kemalangan tidak diingin dapat dielakkan,” katanya lagi.

Katanya, beberapa kawasan sepanjang kawasan itu terutama kawasan yang kerap mengalami kemalangan juga telah dikesan.

Jelasnya Kerajaan negeri sentiasa memberikan kerjasama dengan pihak Kerajaan Persekutuan berhubung perkara tersebut berikutan pengurusan jalan raya berkenaan dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");