Isu Panas

Parti Baharu Bukti Dr Mahathir Tidak Diterima Sebagai Pemimpin Pembangkang

KUALA LUMPUR: Rancangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk sebuah parti baharu membuktikan bahawa Pembangkang tidak menerima beliau sebagai pemimpin, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

“Saya bersimpati kerana beliau perlu membentuk sebuah parti baharu yang bermaksud parti-parti pembangkang lain tidak dapat menerima beliau,” kata Nazri pada Rabu.

Nazri memberitahu bahawa negara ini mempunyai beberapa parti pembangkang dan tiada keperluan untuk mempunyai sebuah parti baharu.

Bagaimanapun Nazri berkata, langkah itu baik buat Dr Mahathir kerana ia membolehkan bekas Perdana Menteri itu menyediakan “rumah baharu” untuk mereka yang tidak gembira dengan Umno.

Tambah Nazri, keputusan tersebut adalah baik kerana ia merupakan cara yang sah untuk membangkang kerajaan secara demokrasi.

“Beliau boleh menyerahkan jawatan kepada rakan-rakannya. Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh jadi nasib presiden. Mungkin Mahathir akan jadi presiden. Datuk Seri Mukhriz Mahathir boleh jadi ketua pemuda, dan Tan Sri Rafidah Aziz boleh menjadi ketua sayap wanita,” katanya.

Menurut Nazri, terdapat satu peranan untuk semua yang membangkang kerajaan, sambil menambah bahawa rancangan itu akan menjadi sesuatu yang baik buat Barisan Nasional (BN).

Pada Selasa, sebuah portal berita melaporkan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai berkata bahawa Dr Mahathir mungkin akan membentuk sebuah parti politiknya sendiri.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");