Isu Panas

‘Pas perlu buang dulu ego’

SHAH ALAM – Pas perlu mematuhi syarat yang ditetapkan jika ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, Pas harus menghormati rakan lain dalam Pakatan Harapan dan tidak boleh membuat keputusan sendiri.

“Bukan sahaja Pas, bahkan mana-mana parti lain yang ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan harus akur kepada peraturan ditetapkan.

“Bagaimanapun, keputusan untuk bekerjasama terlebih dahulu akan dibawa dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk dibincangkan sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan yang dibuat Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim yang mengakui DAP sentiasa terbuka menerima apa juga cadangan pelbagai pihak termasuk mewujudkan kembali Pakatan Rakyat (PR) terutamanya dengan Pas bagi membolehkan pengundi terus memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.

Menerusi keterbukaan yang dibuat Suee Lim, Izham mengakui, Amanah dan DAP sentiasa membuka pintu untuk Pas bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Namun begitu, saya yakin kebarangkalian Pas untuk bekerjasama dengan kita (Pakatan Harapan) amat sukar lantaran sikap mereka yang ego.

“Benda ini tak akan berlaku, mereka tak nak jumpa DAP dan Amanah walaupun kita sentiasa buka pintu untuk mereka,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini Pas yang mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP menerusi Muktamar.

“Lagipun mereka juga anggap Amanah pengkhianat. Jika budaya ini masih dibawa, saya nasihatkan tak payahlah bersama Pakatan Harapan.

“Apatah lagi kini Pas dilihat lebih mesra dengan Umno sekali gus menunjukkan jalinan kerjasama dengan Pakatan Harapan begitu jauh untuk digambarkan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");