Panasnya Hari Ini

PAS Tidak Akan Bersama Pihak Yang Tidak Setia

KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak akan sesekali bersama dengan pihak yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS.

Jelasnya, PAS mempunyai pendekatan tersendiri bersama Islam dan wajib beristiqamah dengannya sehingga istiqamah dijadikan perkataan penting kepada tema beberapa kali muktamar sehingga mereka yang tidak beristiqamah keluar PAS atau dipecat.

“Ramai yang membuat kenyataan mahu selamatkan negara yang bermasalah ini tanpa membuat muhasabah bahawa sebabnya ialah kerana pemimpin dan rakyat yang memilih pemimpin.

“Semua masalah yang membebankan negara sehingga kini wajib dipikul bersama serta wajib juga menegaskan penyelesaiannya yang diimani secara ikhlas, bukan kerana merebut peluang dan kesempatan yang mengulangi jahat dan zalimnya pula,”katanya menerusi satu kenyataan.

Katanya lagi, sesiapa yang bakal menyertai PAS dan memandang sebelah mata aspek wawasan keduniaannya tidak akan bertahan bersama parti Islam itu.

“Ketahuilah bahawa perjuangan ini memandang dua belah mata, ke arah kemenangan akhirat yang paling besar dan kemenangan dunia yang diuji menjadi jambatan ke akhirat juga,”kata Abdul Hadi.

Tegasnya lagi, mereka yang bersama PAS wajib bersyukur kerana mencipta rekod ketahanan jadi diri para pemimpin yang dipilih memerintah negeri, sehingga tidak ada ruang untuk bertindak kerana rasuah, salah laku dan sebagainya.

“Adapun kejatuhan di Perak contohnya kerana salahlaku dalam pakatan (DAP dan PKR) yang menjual kerusi,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");