Sukan Hari Ini

Pemuda Pas bangga kejayaan Khairul Idham

PEMUDA Pas melahirkan rasa bangga dengan kejayaan pelumba Moto3 Honda Malaysia, Khairul Idham Pawi, 17 yang sekali lagi mencatat sejarah apabila muncul juara perlumbaan Moto3 Grand Prix Jerman.

Naib Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, kejayaan bekas pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) itu jelas menunjukkan kebolehan anak muda Malaysia di persada dunia diringi dengan komitmen dan akhlak yang begitu cemerlang di dalam atau di luar perlumbaan.

“Tebukti buat kali kedua beliau dengan sopan melarikan diri dari semburan arak daripada dua pelumba lagi yang meraikan kejayaan di podium.

“Itu tanda beliau seorang yang istiqamah akhlaknya dengan pegangan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Khairul Idham yang bermula di petak ke-20 berjaya mendominasi perlumbaan atas trek basah hingga berjaya mengatasi Andrea Locatelli dan Enea Bastianini.

Dalam pada itu, pihaknya juga berharap pelumba-pelumba negara yang lain dalam kejuaraan motosikal dunia seperti Adam Norrodin dan Hafiz Syahrin terus menyinar untuk mengibarkan Jalur Gemilang di persada dunia.

April lalu, Khairul yang mewakili Honda mencipta sejarah apabila muncul sebagai pelumba pertama negara menaiki podium kejuaraan motosikal dunia, Moto3 Grand Prix Argentina.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");