Panasnya Hari Ini

Pendakwaan Guan Eng: Gambaran Asas Perjuangan DAP Comot & Berlumpur

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan bahawa pendakwaan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkaitan isu pembelian banglo jelas menggambarkan ‘asas perjuangan’ parti itu sudah comot dan berlumpur.

Memetik sumber Berita harian, ujarnya penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang itu satu tindakan wajar berbekalkan bukti yang ada pada SPRM.

“Sama ada DAP mahu mengakuinya ataupun tidak, penahanan Guan Eng ini sudah sama sekali meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap aspirasi parti DAP.

“Deklarasi Tanjong yang dicanang DAP sejak 1992, menekankan soal usaha melawan autokrasi, rasuah, eksploitasi dan penindasan, sudah tercalar dengan kes Guan Eng,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Tambahnya lagi sekiranya Guan Eng mempunyai sedikit rasa tanggungjawab, beliau wajar mengosongkan Pejabat Ketua Menteri sepanjang kes ini berada dalam perbicaraan.

Malah keengganan Guan Eng untuk mengosongkan jawatan, jelasnya akan memberi bayangan kesungguhan DAP membanteras rasuah sekadar ‘retorik politik’ dan bukannya komitmen bersungguh-sungguh.

“Minta Guan Eng rujuk pendirian tegas ‘Deklarasi Anti Rasuah DAPSY di Kulai’ (1993). Jika Guan Eng punya harga diri, beliau juga wajar meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung secara serta merta. “Lumut dan keladak rasuah DAP tidak boleh ditutup dengan politik simpati,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");