Sukan Hari Ini

Piala Malaysia: Selangor menang tipis

JUARA bertahan Piala Malaysia, Selangor terpaksa bekerja keras sehingga ke minit-minit akhir perlawanan sebelum mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas musuh tradisi, Kuala Lumpur dalam aksi pembukaan Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Penyerang muda berusia 20 tahun, Adam Nor Azlin menjadi penyelamat skuad Gergasi Merah, yang juga juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali, apabila menjaringkan gol pada minit ke-88 dalam aksi Kumpulan B itu.

Pada satu lagi aksi dalam kumpulan sama, Kelantan turut mencatat kemenangan 1-0 ke atas Pahang FC, hasil jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ketiga perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");